Laporan Berita

Anugerah Sekolah Harapan Peringkat Negeri Selangor

Butiran lanjut seperti yang tertera dibawah

Sumber: Sinar Harian

Kejayaan Maahad Ihya’ Al-Ahmadi

Pada tanggal 17 Januari 2018, Maahad Ihya Al-Ahmadi, Sg Kelambu telah sekali lagi melakar sejarah dengan menerima ANUGERAH SEKOLAH HARAPAN PERINGKAT NEGERI SELANGOR. Akhbar Sinar Harian telah melaporkan dalam beritanya seperti keratan akhbar disebelah.

Penghargaan

MIA Mara Selangkah Lagi

Kata Ucapan Mudir MIA

Assalamualaikum. Salam puji bagi Allah S.W.T yang menguasai seluruh alam dan selawat salam ke atas junjungan besar nabi kita Rasulullah S.AW.

Syukur Alhamdulillah, pada tanggal 17 Januari 2018, Maahad Ihya Al-Ahmadi, Sg Kelambu sekali lagi melakar sejarah, mendapat anugerah SEKOLAH HARAPAN PERINGKAT NEGERI SELANGOR.

Saya sendiri sebenarnya agak terkejut selepas dapat berita gembira ini. Kerana tak sangka, dengan keadaan maahad kami yang serba kekurangan dari pelbagai aspek ini dapat capai anugerah yang bagi saya cukup besar.

Segala pujian bagi Allah dan RasulNYA, dan jutaan terima kasih dan tahniah kepada semua warga MIA, terutamanya para murobbi yang memberikan ilmu tanpa kira erti penat lelah,siang dan malam. Hanya untuk melihat anak pelajar MIA berjaya di masa hadapan. Dan saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang “bekerja” di sebalik tabir, iaitu para ibubapa yang sentiasa membantu dan memberikan sokongan terhadap pihak MIA dalam pelbagai aspek. Kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama!

Akhir kata, saya berharap, Anugerah Sekolah Harapan Peringkat Negeri Selangor ini dapat kita kekalkan, malah dapat capai lebih baik lagi pada masa akan datang. Saya percaya, jika kita rapatkan saff dan jemaah dalam memacu maahad ini, tidak mustahil kejayaan yang lagi besar kita dapat capai dengan izin ALLAH!

TAHNIAH SEMUA!

Tuan Haji Hazren bin Haji Ahmad
Mudir Maahad Ihya Al-Ahmadi
19 Januari 2018

Jumlah Pelajar

472

Jum. Pelajar TSM

80

Jum. Pelajar TI

69

Jum. Pelajar Diniah

323

Testimonial

“Sekolah yang bagus dan mendidik anak-anak muda.”

En.Tukimin, Review daripada Pengguna Facebook

Boleh Kami Bantu Anda?

Lot 4242, Jalan Sekolah,
Kg. Sg Kelambu, 42700 Banting

Pejabat: (603) 3180 3413

Whatsapp:
Ustazah Fifi 017-606 7886
Ustazah Wardah 019-369 8032

Email:
admin@maahadbanting.edu.my

×
Assalammualaikum. Bagaimana boleh kami bantu anda?